Sekolah Kebangsaan Belimbing Dalam di dirikan sebelum negara mencapai kemerdekaan melalui Ordinan Pelajaran 1952.Dibuka dengan rasminya pada 10 Februari 1952 sempena dengan nama kampung ini.Tokoh penting yang mengasaskan SKBD ialah Penghulu Mohamad Som bin Osman dengan kerjasama orang kampung dan ihsan seorang dermawan.
Di awalnya hanya dua orang guru iaitu Cikgu Alias Mohd Derus dan Cigu Mohd Thani Dahlan dengan pelajar seramai 85 orang.Pada 9 Jan 1961 satu blok bangunan separa batu mengandungi 5 bilik darjah dibina.Kemudian dibina lagi sebuah bangunan separa batu pada 7 April 1967 bagi menggantikan bangunan yang roboh ditiup angin.
Daya usaha bekas GB Datuk Hj Ahmad b Hj Abdullah (bekas EXCO Melaka)pada tahun 1979 SKBD berjaya mendapat tapak baru.Pada 1981 satu blok 2 tingkat dan 1 blok setingkat dibina dibina dan siap untuk digunakan.Kemudian pada 3 Jan 1996 satu bangunan tambahan mengandugi 3 bilik darjah didirikan bagi menampung pertambahan murid.Melalui peruntukan Malaysia ke 8 satu bangunan 4 tingkat serta satu bangunan komputer dibina pada 6 Jan 2003.
Sejarah Sekolah
Wednesday, January 2, 2008
Posted by SK Belimbing Dalam at 7:34 AM 0 comments
